Sunday 22 January 2012

Anatomy of A Medical Student


Assalamualaikum..

Pelajar perubatan boleh dikatakan macam mini Doraemon. Dalam poket whitecoat ada macam-macam jenis barang. Kalau tak bawak, nanti pensyarah tegur dalam nada sinis. "Mana alat-alatan anda?" Lepas tu semua tersengih-sengih macam kerang busuk.

Pembaris - nak ukur jugular venous pressure
Tendon hammer - nak uji refleks
Calculator - Sebenarnya pelajar tak perlu sangat (dan dah ada dalam telefon masing-masing)
Steteskop - tahu kan fungsinya. :)
Tongue depressor (macam kayu aiskrim) - nak tengok anak tekak dengan lebih jelas
Kapas dan stik oren - nak uji deria
Jam - WAJIB! nak kira nadi dan pernafasan
Measuring tape - penting untuk periksa ibu mengandung, pesakit hydrocephalus, ukur bengkak kaki dll
Penlight - banyak fungsi

Lagi? Buku rujukan! penting jugak nak terus cari apa-apa yang tak difahami. Kalau simpan nanti dah balik penat, dah basi.

Dunia dah semakin canggih
Tapi ikut juga keaadaan. Sekarang teknologi dah canggih, orang bawak internet ja dalam poket. Doktor tanya, search, google. Dah banyak ebook, application canggih yang boleh dimuat turun dalam telefon/ipod/ipad/tablet masing-masing. Hah canggih kan pelajar perubatan. Doktor pun tak marah dah sekarang kalau pelajar belek-belek telefon waktu kelas. Silap-silap, ada doktor yang suruh pelajar cari di internet.

Kata orang pakai telefon bimbit mahal kerana nak bergaya, sudah tak valid lagi dah. :)

Berbalik kepada 'alatan', sebenarnya tak semua kena bawak. Ada yang boleh ambil di hospital mengikut keperluan.

Contoh lain yang tak ada di sini :


- sarung tangan - untuk sentuh pesakit atau jika nak tolong buat prosedur apa-apa
- tuning fork  - untuk uji pendengaran atau deria pesakit terhadap gegaran.
- face mask - untuk perlindungan diri dan pesakit
-opthalmoscope - satu set termasuk untuk telinga harga lebih kurang RM700. Tak semua pelajar sanggup beli. 

Dan paling penting, bawak otak dan fikiran. Jangan tertinggal di bilik pulak.
Ada soalan? Kemukakan dalam komen.



5 maklum balas:

"Dan paling penting, bawak otak dan fikiran. Jangan tertinggal di bilik pulak.
Ada soalan? Kemukakan dalam komen."
i like this part... xD

adoi.tendon hammer ada 2 jenis. satu yang kepala bulan batang plastik panjang. satu lagi kepala 3 segi batang besi. yang kedua ni berat sedikit. yang pertama tu sesuai dipakai dan kami student Manipal kena pakai yang batang plastik nie. tempat lain tak tahu. kalau nak share boleh.^__^

oh tak pernah jumpa yang kepala segi tiga. function sama ka?

notebook dah d gantikan dengan iphone 4g... hehehehe..

nak tanya, kalau cerita2 kat tv tu, dia tunjuk yg doktor2 ni akn di panggil guna pager. kat mlysia pn pakai pager jgk ke?
tq.

Post a Comment

Twitter Facebook Favorites