Saturday 19 May 2012

Kembara Doktor Muda Ep 3 : Doktor Hanya Manusia


DOKTOR HANYA MANUSIA

KEKURANGAN DOKTOR

Doktor muda tahu kesibukan itu adalah lumrah kerjaya seorang doktor. Kini di hospital daerah, hanya tinggal 4 orang doktor untuk menjaga 5 wad, 3 klinik dan Jabatan Kecemasan. Itu belum termasuk jadual kerja atas panggilan 3 doktor setiap hari. Itu juga belum lagi kira jika ada kes appendicitis, ectopic pregnancy dan fetal distress yang memerlukan pembedahan segera. Maka lagi kuranglah tangan doktor.
“Doktor sini makan gaji buta ke!!???” amukan seorang pegawai polis yang tunggu di klinik dari jam 8 hingga 10 pagi. Doktor muda pada awal pagi membuat pusingan merawat pesakit di wad dahulu. Kemudian doktor yang sama jugalah yang perlu pergi menjaga klinik.
Kadang-kadang tengah doktor muda tengok pesakit di klinik, wad telefon ada ibu mengandung CTG tidak bagus, MA di Jabatan Kecemasan beritahu ada pesakit gasping, operator umum ada blue alert, farmasi beritahu tersalah tulis dos, jururawat datang minta semak darah transfusi dan sebagainya. Tertekan doktor muda.

Antara perkara yang melepaskan tekanan.



Kata rakan doktor, “Aku dulu tertekan jugak. Tapi aku fikir balik, banyak-banyak pesakit pun, tak pernah pun tak sempat habis tengok semua pesakit.  Jadi kita buat je kerja. Jangan fikir sangat.”

MINDA POSITIF

Namun bila doktor muda fikir balik. Lebih baik kita sibuk melakukan perkara yang baik, daripada lapang dan rehat tetapi tiada manfaat.

Doktor muda dapati kerja lebih tertekan apabila sibuk, jika doktor muda mengharapkan kurang pesakit datang ke klinik, kurang jumlah pesakit di wad, tiada kes pembedahan dan sebagainya. Jiwa mahu mengelak kesibukan.

Gambar pesakit Thalassemia bersiar-siar di hospital. Hospital bagaikan rumah kedua bagi mereka.
Antara kerja doktor muda di hospital daerah adalah memasukkan pesakit Thalassemia ke wad
setiap 2-4 minggu untuk transfusi darah.
Kalau diperhatikan betul-betul, kita dapat lihat perut mereka kembung akibat hypersplenism.
Kebanyakan daripada mereka memerlukan rawatan bedah splenectomy satu hari nanti.
Namun jika doktor muda tukar mindanya datang bekerja adalah untuk memberi yang terbaik atas ilmu yang Allah swt kurniakan ini, maka kerja kurang tertekan. Bukan memikirkan berapa ramai pesakit doktor muda terpaksa lihat hari ni, sebaliknya berapa nilai kualiti kerja saya hari ni.

Namun jika letih sangat yang melampau, minda doktor muda bertukar balik secara automatik kepada, “Haaaaiiiihhhhh, kenapalah ramai sangat pesakit hari ni. Dahlah tak cukup doktor.”

Di daerah tiada siaran IKIM.fm untuk mendengar kata positif Prof Muhaya.

BERKAHWIN

Dulu doktor muda berdoa sentiasa semoga Allah swt kurniakannya seorang isteri yang solehah.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.(Al-Furqaan 25:74)
Alhamdulillah bagai sekelip mata, baru hari tu saja doktor muda masih bujang, tapi kini telah mempunyai seorang wanita sebagai teman yang halal di sisi. Doktor muda idam seorang yang mempunyai sesuatu kebolehan yang dirinya kekurangan, agar doktor muda dapat  perbaiki dirinya. Bersyukur pada Allah swt.

Manusia akan melalui fasa-fasa dalam kehidupan.  Dan doktor muda dapat merasakan beliau telah sampai ke penghujung satu fasa. Dengan perkahwinan, apabila naluri seorang lelaki telah ‘selamat’, ianya adalah satu lonjakan untuk melalui fasa seterusnya. Kini doktor muda bersedia untuk mara ke hadapan dengan sepenuh tenaga.
Ketika makan di KFC bersama isteri, melihat pelanggan lain makan bersama keluarga,
doktor muda teringat kata-kata seorang pekerja di klinik locum dulu.
"Doktor bolehlah hidup senang. Saya nak belanja anak saya makan KFC pun tak mampu."
Sebak hati mendengar.
Walaupun sibuk, bersyukurlah doktor muda Allah swt kurniakan rezeki melimpah.

PINTU ILMU

Atuk doktor muda adalah seorang yang bijak tetapi beliau lahir pada zaman kesusahan. Walaupun rendah pendidikan, tetapi atuk menunjukkan keprihatinan yang tinggi terhadap anak-anak dan cucu-cucunya dalam menguasai ilmu.

Langkah pertama doktor muda ke pentas ilmu sewaktu umur 7 tahun tidak dapat dilupakan. Budak kecil yang tengah berseronok di kampung tiba-tiba didatangi atuknya yang berpegangkan duit merah di tangan. “Ijat hari tu ujian dapat nombor 12 kan. Sekarang ni atuk bagi sepuluh ringgit. Lepas ni atuk nak Ijat tolak nombor 1 daripada 12 dan dapatkan nombor 2 pada ujian nanti.”

Kenapa atuk pilih nombor 2 dan bukan nombor 1 masih tidak diketahui. Tapi dari situlah, mulanya datang minat doktor muda terhadap ilmu. Bukan kerana duit, tetapi kerana orang memberi penghargaan terhadap sesuatu yang kita lakukan. Atuk selalu kata dia selalu doakan cucu-cucunya supaya berjaya dalam pelajaran.

ATUK

Selepas perkahwinan, doktor muda tergerak hati bawa isterinya untuk berjumpa atuk yang kurang sihat, dan kurang doktor muda lawati sejak beberapa tahun ni. Atuk dengan slurred speech-nya minta doktor muda bacakan suratkhabar padanya. Bagi setiap tajuk yang doktor muda baca, atuk akan memberi pendapatnya. Apabila tanya atuk parti mana yang beliau akan undi pilihanraya nanti, atuk kata, “Undi adalah rahsia.”

Dilihat pada tangan atuk alat mengira seperti tasbih. Dia kata dia sedang membaca suatu zikir yang kalau dibaca sebanyak 2000 kali, akan membawa suatu kebaikan. Doktor muda tertekan butang reset pada alat tersebut.

Doktor muda kucup dahi atuk sebelum pergi. Atuk mengalirkan air mata.

 Satu tengahari atuk terima panggilan daripada anaknya, ada seorang VIP mahu berjumpanya. Maka datanglah pegawai VIP tersebut ke kampung di Johor mengambil atuk dan menghantarnya ke Selangor. Atuk cerita VIP itu ingin tanya atuk macam mana atuk didik kesemua anaknya. Atuk jawap, “Saya didik seperti orang lain saja.”

Atuk kata Mahathir sama umurnya dengan atuk. Tapi Mahathir sihat badannya berbanding atuk.
Tapi kini atuk sudah tiada lagi. Al-fatihah(Hj Mardan bin Hj Nawawi).

MUHASABAH

Melihat pada kehidupan doktor muda, ada masanya doktor muda rasa letih, jemu, pasrah, putus asa, tertekan, marah, benci, kesal dan bersalah. Doktor muda dapati dengan kembali menilai niat dirinya, dan kembali lagi menilai dari semasa ke semasa, dapat mengubat jiwanya.

Apabila solat menjadi rutin dan seperti sekadar melepaskan tanggungjawab, perbaikilah niat bahawa doktor muda solatlah kerana ketaqwaan kepada Allah swt.

Apabila rasa letih, tertekan dan jemu dengan kerja, ingatlah bahawa Allah swt telah kurniakan ilmu dan kemahiran pada doktor muda untuk melaksanakan satu kerja yang mulia di sisi-Nya.

Selepas kemalangan jalan raya, bayi satu tahun ini, selepas sehari di wad,
didapati perutnya kembung.
AXR tunjuk dilated bowels dan Hemoglobin pesakit juga merudum ke 5.6 dari 8.9.
Pesakit dirujuk ke Peads Surgical untuk TRO intraabdominal injury.
Alhamdulillah Allah swt izinkan doktor muda membantu.
Apabila kesuntukan masa untuk menulis blog, doktor muda ingatlah bahawa doktor muda telah memilih pentas ini untuk berjuang pada jalan Allah swt. Harap tidak tersasar atau berhenti tengah jalan.

Biasa melihat kematian di tempat kerja namun setelah kehilangan atuknya baru-baru ini, doktor muda mahu fikir semula apa yang mahu dilakukannya dalam hidup ini.


Doktor muda sedar, dia hanya manusia biasa.

6 maklum balas:

Banyak terima kasih atas tulisan yang sangat mengesankan ini. very thoughtful. I'm in my last rotation in med school and InsyaAllah starting housemanship this year. Tulisan doktor muda sangat membantu untuk mengharungi liku2 hidup sorg doktor. keep writing...

Alhamdulillah....bulih bah kalaw kawww

masyaAllah.. t'kesan d hati sy mmbacanya.. insyaAllah, doktor, truskn p'juangn anda yg mulia ini.. sy pelajar yg akn further studying in medical course, tulisan doktor mmbri pnddahan kpd sy tntang liku2 hidup seorg doc.. mmg, krjaya doc susah n stressful, tp, jgn lupa, stiap apa yg doc buat, lau niat kerna Allah, ada gnjrn besar yg mnnti.. ulama pngubat rohani, doktor pngubat jasmani. Never forget it!! manusia yg t'baik d kalangan kmu mreka yg plg b'manfaat ntuk manusia yg lain.. :)

walaupun sy bukan seorang doktor tp sy suka baca tulisan dr azad yg banyak menyampaikan sesuatu yang sangat terkesan di hati sambil memberi input tentang tugas seorang doktor yg selalu disalah anggap oleh masyarakat' semoga dr azad dan keluarga redha dengan pemergian arwah atuk tercinta'~al-fathihah'

Suka baca sebab jelas tentang kehidupan.

PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary RM7,000 (starting)
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

Clinic information:-

PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833

Post a Comment

Twitter Facebook Favorites