PENGENALAN

Blog UbatMuda mengumpulkan penulis-penulis daripada kalangan doktor muda dan kakitangan perubatan lain, untuk berkongsi secara ILMIAH, pendapat mengenai sistem kesihatan, kehidupan bekerja dan seharian, dan sebarang idea dari PERSPEKTIF ORANG MUDA dan ISLAM. Ini untuk menggalakkan percambahan pemikiran dan idea antara generasi muda Islam.

Anda juga boleh menyumbang dengan menulis artikel sebagai penulis tetap atau penulis jemputan. Untuk maklumat lanjut sila klik SERTAI KAMI.

LOGO kumpulan blogger UbatMuda
Putih : Lambang bidang perubatan sebagai bidang yang mulia.
Warna-warni lain: Warna-warni menggambarkan jiwa generasi muda 
yang penuh dengan IDEA dan PERBEZAAN PENDAPAT.

VISI blog ini adalah membina KEWIBAWAAN(kepakaran dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan) generasi muda berlandaskan PENGISIAN(mengisi ruang yang bersempadan) ISLAM di dalam bidang perubatan.

OBJEKTIF blog ini adalah:-
  1. Menyediakan bahan bacaan berkongsi pengalaman bersama bakal doktor, farmasis, jururawat, fisioterapis dan kakitangan perubatan lain, juga orang awam(menceritakan pengalaman).
  2. Memberi semangat kepada doktor-doktor muda dalam menghadapi kesedihan/kemurungan akibat suasana kerja di hospital yang tidak kondusif(memberi kata-kata positif dan nasihat).
  3. Menanam akhlak dan budaya kerja yang mulia dan positif di kalangan kakitangan perubatan di Malaysia(menjadikan diri sebagai contoh kepada yang lain).
  4. Menyatukan blogger perubatan dengan ukhwah dan menjadi KUMPULAN PENDESAK kepada perubahan sistem dan budaya kerja di institusi perubatan di Malaysia(bersatu kita teguh, bercerai kita roboh).
  5. Mendidik masyarakat supaya menjadi celik kesihatan dan menghargai subsidi perubatan sistem kesihatan di Malaysia(menggunakan bahasa mudah dan tidak terlalu jargon).
  6. Memartabatkan Bahasa Malaysia & Memperkukuhkan Bahasa Inggeris.

0 maklum balas:

Post a Comment

Twitter Facebook Favorites