WAKTU REHAT
Sewaktu letih doktor muda teringat kembali zaman persekolahan rendah dahulu. Loceng berbunyi, "KKKRRiiiiIInnnGG," dan doktor muda dan rakan-akan berlumba lari ke kantin secepat mungkin. Hampir setiap hari tanpa jemu. Seronok. Begitu juga sewaktu cuti sekolah, menaiki basikal tanpa brek turun bukit, memanjat pokok, menternak berudu di longkang dan bermain bola sepak berkaki ayam. Terbaikk!!
Tetapi kini di hospital daerah tiada lagi. Makan belum tentu ada masa. Tiada aktiviti luar sangat. Cuti hujung minggu belum tentu apatah lagi cuti raya tahun ni. Cuti sekolah doktor muda bekerja.
Tiada masa untuk anda bezakan antara high take off atau AMI. |
Bila doktor muda tengah sangap, terfikir pula, kenapa mestinya cuti hari cuti ni? Kerana kita semua bercakap seolah-olah pada hujung minggu dan hari perayaan, sepatutnya kita berehat daripada kerja.
Seawal-awal dalam sejarah manusia yang doktor muda ingat, sewaktu zaman Nabi Musa hari Sabtu diisytiharkan sebagai hari cuti dan kaum baginda dilarang keluar menangkap ikan, sebagai ujian daripada Allah swt.
Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik.
(Al-A'raaf 7:163)
KENAPA REHAT
Kenapa perlu hari rehat? Apa yang akan berlaku kalau tiada hari rehat? Minda manusia biasa akan mengatakan, nanti fizikal dan mental kita akan keletihan. Namun jika doktor muda bertanya dan membaca berkenaan mereka yang telah melalui kesusahan, tekanan dan akhirnya berjaya, doktor muda akan terkejut mengetahui keupayaan dan ketahanan diri kita yang sebenar.
Maka sebab itulah kita boleh melihat doktor bekerja siang dan malam, akauntan bekerja menyiapkan audit sehingga awal pagi dan arkitek melakukan pengubahsuaian pelan projek pada saat-saat akhir. Alah bisa tegar biasa, kata pepatah Melayu.
Salah satu cara doktor muda berehat adalah melihat pemandangan dari tingkap ambulan sewaktu menghantar pesakit ke hospital besar. |
Doktor muda terfikir, pada zaman-zaman dahulu, memang wujudkah hari bercuti bekerja pada hujung minggu? Mereka yang kelaparan di sesetengah tempat seperti di Afrika, adakah mereka juga bercuti? Kenapa kita yang hidup lebih senang sekarang memerlukan cuti? Adakah ini cuma halangan minda manusia semata-mata?
Cabarlah diri sendiri doktor muda.
BILA REHAT
Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan malam untuk mereka berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.
(Surah An-Naml 27:86)
Waktu rehat kita sebenar adalah waktu malam, waktu kita sakit dan juga di kubur kelak. Jika doktor muda keluarkan diri dari sangkar pemikiran norma masyarakat, doktor dapati kita semua patut bekerja setiap hari sehingga akhir hayat Tiada istilah rehat ketika pencen.
Sebaliknya waktu hujung minggu, cuti umum dan pencen adalah waktu kita melakukan aktiviti selain daripada kerja harian kita. Itu juga kerja. Seperti membawa isteri dan anak keluar, menyertai aktiviti masyarakat, menambah ilmu dengan membaca, bersenam - semuanya adalah kerja yang mempunyai objektif masing-masing seperti memupuk hubungan mesra, menyihatkan badan dan sebagainya.
Tiada waktu tidur untuk pesakit Norwegian scabies kerana kulit terlalu gatal. |
Oleh itu, doktor muda ikhtiar curi masa bersenam sewaktu kerja atas panggilan, merancang untuk berniaga, merancang untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Dengan minda sedemikian, insyaAllah doktor muda tidak melihat kesibukan kerja sekarang ini sesuatu yang membebankan.
Namun bila isteri berada di rumah, minda doktor muda bertukar balik kepada - kita semua perlu masa berehat.
KONON
Tekanan kronik(jangka masa panjang) adalah tidak bagus untuk badan kita. Setelah 6 bulan bekerja di Sabah, hanya baru-baru ini saya dapat bercuti di Kundasang. Konon tidak perlu rehat.
Satu hari nanti doktor muda akan tawan puncak gunung Kinabalu. |
Bah-bah. |
Layan jiwang. |
Mungkin bukan pada setiap hujung minggu, tetapi dalam setiap beberapa bulan bercuti rehat adalah satu keperluan bagi badan kita. Malah setelah pulang, ianya boleh menggandakan lagi semangat dan tenaga kita sewaktu bekerja. Ini akhirnya menghasilkan doktor yang lebih tenteram emosi, bersenyum dan bersabar dengan kerenah pesakit. Dan juga kerenah staf-staf perubatan lain.
Saya tidak sabar nak kerja!! Yeeaayyy!!
7 maklum balas:
sy masih lg baru dlm preclinical year student..skrg brada akhir sem2...tggl lg 5thun untuk mmasuki alam itu...indahnya dpt 'membantu' Allah ibarat mnjdi'tgn kedua'Nya dlm membantu mereka yg memerlukan...yana~:DD
sy bru b'ada dlm thn kedua sblm menginjak ke dunia pljr medic yg sbnr..hati msh lg berbelah bhgi sma ad mahu mnruskn lgkh dlm dunia medic yg sbnr2nya atau mengubah arus ke bdg medical yg lain..mnt mmg mndlm utk mnjd seorg Dr..tp t'kadang rse xmampu..insyaAllah ble smpai mse mmbuat kptsan,Allah permudhkn utk bt kptsn yg tepat..:)
Selamat Mengumpul jejak-jejak syurga Doktor Muda.
motivasi diri
Doktor, stress tak jadi seorang doktor? Im seventeen and im scared because everyone is putting high hopes on me :/
Doktor, please doktor nasihatkan saya....
Where to play casino table games - DrmCD
Learn about the various casino table games offered by online gambling site. Find out the 상주 출장안마 best casinos to 전라남도 출장안마 play table games 구미 출장마사지 at here!How do you play casino 김천 출장안마 table games?How do 광명 출장마사지 you play casino table games?
Post a Comment