Jika berminat untuk menyumbang artikel di blog UbatMuda, sila emel ke z_ijat@hotmail.com. Perkenalkan diri anda secara ringkas. Berikan topik artikel yang anda ingin tuliskan. Jika sudah tertulis, sila kepilkan fail artikel tersebut bersama emel. Kami akan memberi maklum balas dalam sehari dua.
Agar supaya setiap penulis lebih fahami peranan mereka dan
penulisan di blog sentiasa dikemaskini, berikut adalah panduan blogging di blog
UbatMuda.
Penulis terbahagi kepada 2 kumpulan,
1. Penulis tetap
- Penulis tetap di blog ubatmuda. Berbesar hati menulis artikel sekerap mungkin dengan cadangan 1 artikel setiap 2 minggu/sebulan.
- Bertajuk bebas mengikut apa sahaja yang penulis mahu dan dari semasa ke semasa, diberikan tajuk/tema tertentu(spt minggu Diabetes, budaya kerja dan sebagainya) untuk dikupas.
2. Penulis jemputan
- Penulis berbesar hati dijemput untuk menulis atau artikel blog beliau diterbit semula di blog ubatmuda. Penulis kali pertama dalam hidup juga dialu-alukan.
- Juga bertajuk bebas. Kami juga akan mencari artikel-artikel menarik dan bermanfaat di alam blogging untuk diterbit semula dengan kebenaran tuan blognya.
Panduan artikel
- Artikel yang ditulis asal untuk blog UbatMuda boleh diterbit semula di blog penulis masing-masing. Harap diberi jurang masa antara 3 hari hingga seminggu, dengan terbitan di blog UbatMuda diberi keutamaan dahulu.
- Artikel tidak perlu panjang. Yang penting adalah isi yang berkualiti, bermanfaat dan diolah dalam penyampaian yang menarik. Juga menulis dengan istiqamah(berterusan) adalah lebih dihargai.
- Bahagian ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
0 maklum balas:
Post a Comment