Thursday 17 November 2011

Suara Doktor Muda


KEDOKTORAN

Bidang kedoktoran adalah sebuah bidang pekerjaan yang mulia. Meringankan kesengsaraan seseorang manusia adalah satu perbuatan suci, yang suatu ketika dulu dalam kepercayaan pagan dikaitkan dengan kuasa keTuhanan.
“Kita tidak akan benarkan polis tangkap seseorang pesalah yang datang mendapat rawatan di hospital.....” kata seorang doktor pakar.
Sekali ketika bekerja atas panggilan di Orthopedik, protokol menuntut pembedahan seorang warga asing ditangguh dahulu sehingga bayaran dibuat oleh pesakit. Pesakit itu juga merayu untuk dibenarkan makan kerana sudah lama berpuasa menunggu untuk dipanggil. Hari yang terlalu sibuk menyebabkan saya tidak dapat berhubung dengan doktor yang lebih senior. Akibatnya saya dimarah oleh registrar kerana tidak melaksanakan apa yang terbaik untuk pesakit, bukan apa yang pesakit mahukan.

Begitulah keunggulan etika kerja kedoktoran. Namun imej kedoktoran kini sudah tercalar.

CABARAN KINI

Dunia telah berubah menyebabkan pesakit sudah berubah. Maka bidang kedoktoran juga semakin berubah.

Dulu kesilapan dilakukan doktor dimaafkan oleh pesakit. Mungkin pesakit sendiri tidak tahu doktor telah membuat kesilapan(yang kecil). Dulu apabila pesakit mati, keluarga percaya doktor telah buat yang terbaik. Sekarang keluarga akan percaya doktor telah membuat kesilapan.

Dulu HO yang membuat semua appendicectomy di hospital kerajaan. Kini ada pesakit yang tidak mahu HO menyentuhnya langsung. Ada doktor yang angkuh berkata, “Dulu masa aku HO, blablabalalala.....”

Mereka tidak faham bahawa dunia sudah berubah.

SERANGAN MEDIA

Ceritanya begini, generasi doktor muda telah diserang pelbagai tohmahan daripada media. Dikatakan akibat melimpahnya jumlah bilangan doktor baru lulusan dalam dan luar negara yang dipersoalkan kualitinya, para pegawai perubatan siswazah(HO) tidak mendapat latihan yang sepatutnya. Malah mereka dilabelkan dengan frasa kegemaran doktor tua, tidak kompeten.

Apa yang mengejutkan, kita generasi muda rasa seperti ditikam dari belakang, apabila rakan sekerja daripada bidang kedoktoran sendiri membuat tohmahan secara terbuka di media. Sepatutnya ianya dibincang dan diselesaikan secara dalaman.

Tidak kurang pula doktor muda, ibu bapa dan malah pesakit sendiri yang mengadu dalam suratan ke media akan sikap doktor tua dan juga suasana kerja yang teruk. Mungkin mereka juga patut membincangkannya secara dalaman.

Masalahnya tiada ruang diberikan kepada doktor muda untuk bersuara. Itulah masalahnya.

BEZA MINDA

Doktor muda dilabelkan sebagai pemalas, manja, tidak kisah tentang pesakit, tidak sanggup bekerja lebih masa, tidak profesional dan segala sikap negatif lain.

Namun mereka tidak menceritakan sebahagian lagi cerita di mana mereka dimaki hamun di depan rakan sekerja dan pesakit, dijerit, dimalukan, diugut dilanjutkan penempatan dan pelbagai tindakan destruktif lain. Doktor tua memerintah seperti panglima tentera.

Kebanyakan doktor muda keluar universiti dengan semangat meluap-luap untuk mengamalkan ilmu yang mereka pelajari dan membantu masyarakat. Mereka bukanlah pemalas dan manja, tetapi mereka sebenarnya telah hilang motivasi bekerja apabila diperlakukan sedemikian.

Kami kisah tentang pesakit kami, lebih berbanding doktor tua yang hanya 2 jam berada di wad. Manakala kami menjaga mereka sepanjang hari dan malam. Titik nokhtah.

Doktor tua melihat kerja untuk jangkamasa yang terlalu panjang adalah pengorbanan yang sepatutnya dibuat oleh setiap doktor. Doktor muda melihat kerja sedemikian membahayakan bagi pesakit kerana mengundang kesilapan berlaku. Ianya juga melanggar hak asasi seorang pekerja.

Sebenarnya generasi doktor muda memerlukan inspirasi, dorongan dan panduan ringkas daripada doktor tua. Kerana itulah yang akan membuat mereka berusaha, bersemangat dan memberikan yang terbaik dalam kerjaya mereka. Dimalukan dan dimaki tidak menjadikan kami doktor yang lebih baik.

Sebahagian doktor tua memilih dengan sedar, mengamalkan budaya kerja negatif. Mereka meluahkan perasaan marah, angin tidak baik pada doktor muda, tetapi bertopengkan kononnya ingin melatih mereka. Ramai doktor tua tidak bersikap profesional.

Saya ingin meminjam kata-kata mereka. Ini adalah kepimpinan yang TIDAK KOMPETEN.

PERLU BERSUARA
“HO tu apa? HO itu Hamba Orang.”
Kita doktor muda dijadikan seperti hamba kerana kita sendiri pilih untuk menjadi hamba. Kita tidak bersuara dan membenarkan diri kita diperkotak-katikkan. Hanya turut saja perintah. Ya, kita rasa penat bila bekerja dan takut dilanjutkan penempatan. Penat dan takut – kita benar-benar seperti hamba.

Kita tidak boleh berharap bahawa perubahan itu akan berlaku secara beransur-ansur. Berharap apabila kita menjadi doktor tua nanti, kita akan mengubah budaya kerja. Lihatlah sebahagian daripada doktor muda yang sudah berkelakuan seperti doktor tua. Jika tunggu sehingga tua, kita kelak akan sedar betapa banyak sampah ditinggalkan mereka, dan kitalah nanti yang perlu mengutipnya.

Doktor muda juga perlu sedar, usaha ini bukan untuk kepentingan diri kita semata-mata, tetapi kepentingan rakan sekerja, bakal-bakal doktor, pesakit dan juga demi negara tercinta. Jangan kita pentingkan diri sendiri dengan berdiam diri dan menunggu perubahan berlaku.

Doktor muda perlu mula bersuara.


Ultras Doktor Muda
'Until the last rebellious HO'

SEBUAH CERITA

Dulu ketika saya seorang mahasiswa perubatan, rasa tidak sabar untuk mula bekerja dan mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari. Namun sebaik bekerja, rasa terkejut. Terkejut terhadap suasana dan budaya kerja kedoktoran di Malaysia, tanah tumpahnya darahku. Menyaksikan penderaan mental dan emosi terhadap diri dan rakan sekerja lain.

Sewaktu lalu di bahagian radiologi Jabatan Kecemasan, di sebuah hospital  kerajaan , terdengar tangisan di sebalik pintu. Ingatkan ada anak kecil yang tersesat. Saya tolak pintu dan terlihat seorang rakan HO dari jabatan lain menangis di situ. Dia malu dan cuba tutup daripada nampak air matanya. Tetapi bila cuba bertanya kenapa beliau menangis, dia tidak dapat tahan lagi tangisannya.
“I’ve tried my best.... I really do!!.....but they still say I am incompetent.....isk isk.” Aaah, perasaan apabila dimalukan dan dilabelkan sebagai tidak kompeten di depan khalayak ramai.
Doktor muda perlu sedar, mereka inilah antara golongan yang kita perlu lindungi. Ada sesetengahnya sudah menjadi MO, ada ramai juga yang telah berhenti. Ya, ada kawan saya yang telah berhenti akibat tidak tertahan dengan penderaan sedemikian. Doktor tua kata mereka inilah golongan yang lemah dan tidak layak menjadi doktor.

Mungkin inilah antara peristiwa yang menanam dalam diri, secara separa sedar, semangat keberanian untuk bersuara. Untuk melindungi rakan seperjuangan kita.

Tidak pelik masalah mental bakal menjadi morbiditi tertinggi di masa hadapan, kerana doktor sendiri mengalami tekanan mental melampau.

16 maklum balas:

teruskan perjuanganmu sbg DR muda.., :)
mga Allah permudahkan urusan mu..

i am with u.saya dah berhenti dan akan berjuang habis habisan memperjuangkan nasib houseman!..saya pun seperti budak perempuan tu..saya cuba sedaya upaya..daripada tak tinggal solat 5 waktu abis solat zuhur,asar,magrib saya tinggalkan..saya sedaya upaya tunjukkan terbaik..tapi senior masih anggap saya hampeh..padahal kalau mereka tunjuk ajar saya dgn betul, saya juga boleh jadi competent!..saya yakin dgn itu...

begitu sekali bidang kedoktoran di Malaysia ni ye..sggh memalukan la..

agak takut utk mlgkh ke dunia seorg doc lps bc entry ni..dari awal menceburkn diri dlm bidang ni,rasa excited..but once know d real world of a doc,kena siapkn mental n fizikal secukupnya..

selamat berjuang para doktor.asalkan niat ikhlas,insyaallah dipermudahkan semua urusan.letakkan niat untuk membantu pada jalan allah pasti anda akan mampu mengharungi semua kepayahan dan kesusahan.insyaallah

hi drmuda...perjuangan yg tidak mudah...allahu yubarik alaika ^_^

This comment has been removed by the author.

criticism.. x pe, tp kalau dah jd maki hamun mcm 2, mmg stressful and depressing.. hmm.. mentaliti msyrkt Melayu, nk kta pa, cm2 la.. bkan kta komuniti doktor ja.. politik lg la best.. haha.. :)
rata2 budaya kerja dah jd mcm tu, bila org x lg mnghayati konsep b'akhlak mulia, n kerja hnya ntuk hidup.. not ntuk hidup n akhirat.. peace.. ^^

"Ya'ayyuhallazina'amanusbiru wasabiru warabitu wattaqullahala'allkum tuflifuhun"..(Al-imran: ayat 120)
Maksudnya:Wahai orang yang beriman bersabarlah dan tingkatkan(Excellent) kesabaranmu, dan tetaplah diperbatasan negerimu dan bertaqwalah kepada Alah agar kamu beruntung.

Kepada bakal2 doktor yang beriman, susun hak kebenaran kamu dengan baik dan rapi, serta sabarlah dalam melakukan sedemikian, dan teguhkan kesabaran itu walaupun di maki, dihina, di caci, di halau, depermainkan, diperkotak-katikkan, kuatkan lagi kesabaran itu, kerana apabila kamu menyusun kebaikan, kemegahan, kebenaran itu dengan rapi, sesungguhnya kemenangan keatas hak kebenaran itu pasti akan Allah bantu, walaupun orang yang kita hadapi itu adalah orang yang baik, mahupun orang yang jahat.

skg kita nak bantu pesakit usembuh dari penyakit...tapi pesakit yang tak nak terima rawatan.....suka merajuk......dan bagi banyak alasan.....omg

Saya tidak percaya yg HO dahulu lebih kompetent. Zaman kini, HO lebih ramai..jd isu2 negative dilipat gandakan. Tambahan pula, dgn masuk campu rmedia..namun dr2 muda tak diberi peluang bersuara.

Perjuangan yg tiada kesudahannya jikalau tiada tindakan yg sewajarnya dilakukan. Saya berharap agar nasib doktor - doktor pelatih akan lebih terbela dan masalah yg dihadapi pada masa kini akan menemui jalan penyelesaiannya pada masa hadapan kelak. Insya-Allah

Harap2 HO skrg apbila mnjadi MO klak tdak lg mngamalkan bdaya krja negative ini..

Salam 1 Malaysia, kami memerlukan tenaga kesihatan jurusan doktor yang mempunyai ijazah MD atau MBBS untuk bekerja di syarikat kami. Jika anda berminat sila hubungi 011-16659590 untuk info lebih lanjut.

same with me.i'm new ho..ari2 dijerkah n dikatakn xkompeten.1std day lg dh rasa nk quit.xpi apakn daya,ada bond ngn jpa n xtau sama ada bleh apply kerja apa lg dgn degree kita ni.i reall2 want to quit.ada cara tak?

sepatutnya jangan tinggalkan solat 5 waktu tu. mesti awak akan jadi the best sebab utamakan Allah.

Post a Comment

Twitter Facebook Favorites