Monday 7 November 2011

Medan Perjuangan

PENUBUHAN

Dua orang blogger berbincang dan bersetuju untuk menubuhkan sebuah blog kompilasi. Sebuah blog yang akan mengumpulkan penulis-penulis di kalangan doktor muda muslim. Apabila suatu usaha itu berlandaskan niat yang baik, maka usaha itu disertai oleh pejuang yang lain.

Blog ini bertujuan untuk membina perpaduan atas ukhwah Islamiyyah di kalangan doktor generasi muda. Sebagai satu ruang untuk kita berkongsi fikiran dan pandangan, pengalaman susah dan senang. Dengan harapan hasilnya, melahirkan generasi doktor muda berwibawa daripada sudut perspektif Islam.

Dengan adanya ruang ini, diharap doktor muda akan mendapat ubat bagi kelukaan jiwa akibat suasana kerja yang negatif. Agar memberi sokongan dan semangat bagi kita terus berusaha menjadi doktor berkaliber.

Kerana kami juga melaluinya.

PENTAS
"Kata-kata orang muda bagaikan ubat yang pahit. Tetapi kalau tidak makan ubat, bagaimana 'sistem kesihatan' akan bertambah baik."
Begitulah mengapa blog ini dinamakan UbatMuda. Sebagai pentas untuk doktor-doktor muda melahirkan buah fikiran dan berdebat secara ilmiah mengenai isu-isu yang akan mempengaruhi masa hadapan mereka. Kerana kita kini hidup dalam dunia yang mendengar apa yang selalu dikatakan, dan bukannya apa yang benar.

UbatMuda adalah medan perjuangan.
Bagi mereka yang menjadikan penulisan sebagai medan perjuangan.
HARAPAN

Untuk berubah menjadi lebih baik, doktor-doktor muda dijemput untuk menyumbang artikel-artikel karangan sendiri. Dengan percambahan idea, insyaAllah akan membawa kepada persiapan dan keberanian, yang akhirnya dimanifestasikan dengan tindakan.

Salam perjuangan.


0 maklum balas:

Post a Comment

Twitter Facebook Favorites