SEANDAINYA RASULULLAH BERSAMA DOKTOR

Apakah agaknya baginda akan berkata pada doktor muda?

ABORTION: A MUSLIM PERSPECTIVE

Why do you believe what you believe in ethical issues? Blindfold or rational?

HOUSEMANSHIP - MY TWO CENTS

How should housemanship be?

DOKTOR MUDA DIBUANG DAERAH

Keluar dari zon selamat!

BERMINAT MENYUMBANG ARTIKEL? SERTAILAH KAMI

Kami berminat untuk menerbitkan apa sahaja artikel, grafik, kartun, cerpen yang berkaitan dengan perubatan. Kami alu-alukan sumbangan anda!

Saturday, 7 July 2012

Kembara Doktor Muda Ep 4 : Doktor Perlu Rehat

WAKTU REHAT

Sewaktu letih doktor muda teringat kembali zaman persekolahan rendah dahulu. Loceng berbunyi, "KKKRRiiiiIInnnGG," dan doktor muda dan rakan-akan berlumba lari ke kantin secepat mungkin. Hampir setiap hari tanpa jemu. Seronok. Begitu juga sewaktu cuti sekolah, menaiki basikal tanpa brek turun bukit, memanjat pokok, menternak berudu di longkang dan bermain bola sepak berkaki ayam. Terbaikk!!

Tetapi kini di hospital daerah tiada lagi. Makan belum tentu ada masa. Tiada aktiviti luar sangat. Cuti hujung minggu belum tentu apatah lagi cuti raya tahun ni. Cuti sekolah doktor muda bekerja.

Tiada masa untuk anda bezakan antara high take off atau AMI.

Bila doktor muda tengah sangap, terfikir pula, kenapa mestinya cuti hari cuti ni? Kerana kita semua bercakap seolah-olah pada hujung minggu dan hari perayaan, sepatutnya kita berehat daripada kerja.

Seawal-awal dalam sejarah manusia yang doktor muda ingat, sewaktu zaman Nabi Musa hari Sabtu diisytiharkan sebagai hari cuti dan kaum baginda dilarang keluar menangkap ikan, sebagai ujian daripada Allah swt.

Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik.
(Al-A'raaf 7:163)


KENAPA REHAT

Kenapa perlu hari rehat? Apa yang akan berlaku kalau tiada hari rehat? Minda manusia biasa akan mengatakan, nanti fizikal dan mental kita akan keletihan. Namun jika doktor muda bertanya dan membaca berkenaan mereka yang telah melalui kesusahan, tekanan dan akhirnya berjaya, doktor muda akan terkejut mengetahui keupayaan dan ketahanan diri kita yang sebenar.

Maka sebab itulah kita boleh melihat doktor bekerja siang dan malam, akauntan bekerja menyiapkan audit sehingga awal pagi dan arkitek melakukan pengubahsuaian pelan projek pada saat-saat akhir. Alah bisa tegar biasa, kata pepatah Melayu.

Salah satu cara doktor muda berehat adalah melihat pemandangan
dari tingkap ambulan sewaktu menghantar pesakit ke hospital besar.

Doktor muda terfikir, pada zaman-zaman dahulu, memang wujudkah hari bercuti bekerja pada hujung minggu? Mereka yang kelaparan di sesetengah tempat seperti di Afrika, adakah mereka juga bercuti? Kenapa kita yang hidup lebih senang sekarang memerlukan cuti? Adakah ini cuma halangan minda manusia semata-mata?

Cabarlah diri sendiri doktor muda.

BILA REHAT

Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan malam untuk mereka berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.
(Surah An-Naml 27:86)
Waktu rehat kita sebenar adalah waktu malam, waktu kita sakit dan juga di kubur kelak. Jika doktor muda keluarkan diri dari sangkar pemikiran norma masyarakat, doktor dapati kita semua patut bekerja setiap hari sehingga akhir hayat  Tiada istilah rehat ketika pencen. 


Sebaliknya waktu hujung minggu, cuti umum dan pencen adalah waktu kita melakukan aktiviti selain daripada kerja harian kita. Itu juga kerja. Seperti membawa isteri dan anak keluar, menyertai aktiviti masyarakat, menambah ilmu dengan membaca, bersenam - semuanya adalah kerja yang mempunyai objektif masing-masing seperti memupuk hubungan mesra, menyihatkan badan dan sebagainya.

Tiada waktu tidur untuk pesakit Norwegian scabies kerana
kulit terlalu gatal.

Oleh itu, doktor muda ikhtiar curi masa bersenam sewaktu kerja atas panggilan, merancang untuk berniaga, merancang untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Dengan minda sedemikian, insyaAllah doktor muda tidak melihat kesibukan kerja sekarang ini sesuatu yang membebankan.

Namun bila isteri berada di rumah, minda doktor muda bertukar balik kepada - kita semua perlu masa berehat.

KONON

Tekanan kronik(jangka masa panjang) adalah tidak bagus untuk badan kita. Setelah 6 bulan bekerja di Sabah, hanya baru-baru ini saya dapat bercuti di Kundasang. Konon tidak perlu rehat.

Satu hari nanti doktor muda akan tawan puncak gunung Kinabalu.

Bah-bah.

Layan jiwang.

Mungkin bukan pada setiap hujung minggu, tetapi dalam setiap beberapa bulan bercuti rehat adalah satu keperluan bagi badan kita. Malah setelah pulang, ianya boleh menggandakan lagi semangat dan tenaga kita sewaktu bekerja. Ini akhirnya menghasilkan doktor yang lebih tenteram emosi, bersenyum dan bersabar dengan kerenah pesakit. Dan juga kerenah staf-staf perubatan lain.

Saya tidak sabar nak kerja!! Yeeaayyy!!

Twitter Facebook Favorites