Thursday, 1 December 2011

Kenapa Nak Jadi Doktor?

"Kenapa nak jadi doktor?" Rasanya itu soalan skema, skrip standard mana-mana tempat dalam Malaysia.

Serasa sejak sekolah rendah, kalau disuarakan yang cita-cita hati nak jadi doktor, mesti soalan "kenapa?" menyusul.

Kalau zaman muda, berhingus dulu, pastilah jawapan sebegini yang keluar.

"Saya nak tolong orang yang dalam kesusahan."

"Saya nak jadi kaya."

"Doktor disanjung masyarakat."

Kalau kini soalan itu ditanya pada rakan-rakan pelajar perubatan, skema jawapannya masih sama. Cuma ada tambahan, mungkin.

"Mak ayah suruh."

"Saya minat biologi, Tak pandai matematik."

tak kurang yang menjawab " im born to be a doctor. WOW!"


Walau apapun sebab luaran anda, pastikan sebab dalam anda kukuh


Kerana bidang perubatan tak seindah yang kita nampak secara lahiriah atau superficial macam dalam drama atau filem.

Kata professor saya, tak cukup sekadar hasrat nak membantu orang. "Bagaimana nak membantu orang, kalau diri kamu sendiri kelak tidak terbantu?"

"Kamu bersengkang mata, tak cukup tidur. Kena herdik dengan pesakit, kena marah dengan doktor pakar lagi. Staf tarik muka dengan kamu, betul kamu rasa niat kamu nak 'membantu manusia lain;' itu dapat menyelamatkan kamu? Keluarga kamu terabai, makan pakai suami entah terjaga entah tidak? Betul kamu jadi doktor hanya atas sebab mahu tolong orang, disanjung, atau kaya?"

Professor senyum sinis, pelajar-pelajar perubatan yang mendengarnya ada yang termenung panjang, ada yang tersipu-sipu. Tak kurang ada yang mencebikkan muka.

Jadilah apapun yang kamu mahu. Jadikanlah ia kerana Allah, kerana agamamu.


Lalu professor itu tersenyum lagi. Diajaknya semua pelajarnya berfikir.

"Ayuh kita betulkan niat."

Dalam hidup kita, akan ada banyak perubahan. Contoh senang.
Tahun ni kita suka makan kuih cara, tahun depan mungkin kuih lapis pula.

Bagaimana minat kita boleh berubah, jadi jangan disandarkan pilihan kita pada minat semata-mata. Minat boleh berubah. Pada bila-bila masa. Teguhkan minat dengan niat.

Pekerjaan ini merupakan satu ibadah. Ya, menjadi doktor satu ibadah, menjadi tukang kebun juga ibadah, menjadi pekerja kantin juga ibadah. Betulkan niat anda.

Jom! ^_^

Dr dah ramai, dr muslim, belum ramai lagi. - Konvo UiTM 2011








10 maklum balas:

setiap hari pun cube membetulkan niat..tetapi mesti ada keluhan setiap kali nk pergi keje...=s

SAYA PUN SAMA~saya sudah resign setelah sebulan kerja..akak sebelah saya kerja pasar raya je promoter..masa mula kerja bos dia kata kerja slow2 dulu..mula pukul 10 hingga pukul 6..boss dia kata kalau orang baru kerja ,mmg sakit badan dan tak biasa jadi dia suruh buat slow2 dulu..gaji promoter rm 2000 sebulan tapi kalau rajin komisyen banyak gaji lebih banyak..bos dia china..bukan islam..nih bos ilam maki orang macamlah orang ni anjing...buat manusia kerja macam lembu..aku rasa lembu pun kerja tak lebih 8 jam sehari!..mari kita menegakkan hak kita sebagai MANUSIA!..kita MANUSIA tidak layak di layan seperti anjing....

weyhh..kita ni PEGAWAI PERUBATAN..promoter pun dilayan boss dgn hormat.tak de maki bodoh atau ditengking depan customer!.eh kroang ingat patients tu respect kita ke kalau kita duduk meroyan depan diorang..dorang tu dah la sakit,,MO yg meroyan duduk menjerit kat rakan doktor lain..patient tak tau bezakan mana HO mana MO..so plizz jaga adab...dorang kat pasaraya akhlak jauh lebih elok daripada kita doktor..kenapa lahhh kita nih tak sedar-sedar lagi..aku pelik orang yg bijak pandai mcm kite ni apsal lah kadang otak macam lembu...tolong la fikir..apa yg jadi kat kite sekarang ni tak patut jadik kat manusia biasa tau tak?....hadoi tak tau camne aku nak terangkan lagi!

masa akak jiran saya kata dia tak pandai cakap english..boss PASARAYA tau..bukan HOSPITAL..boss PASARAYA kata takpe..belajar slow-slow..lama2 jadik macam makan nasik jer..akak tu pon slow2 kayuh..lama2 terer la english..ada boss kita camtuuhh? setahu aku MO kita hanya tahu nak meroyan sana meroyan sini macam orang PSY...salah mende sikit..macam tak ingat satu patient daripada 20 orang pon dah nak menceceh...eh kite ni belajar tinggi ada ijazah..ingat orang pasaraya tu belajar takat SPM jer...agaknya IQ dah rosak masa dia intern dulu..aku mmg tak puasa hati sesangat dgn adab sopan doktor2 ni..ke mana pergi nilai2 kemanusiaan?

betul ke doktor2 skrng mcm tu Anonymous?

dulu saya nyaris-nyaris jadi pelajar perubatan. sampaikan saya dapat offer jpa ke rusia. tapi saya tolak. apa yang pasti niat saya dulu nak jadik doktor memang nak tolong orang tapi sekarang entahla. hehe.

knapa sy nak jd doktor? klu sy firstly bcoz mngkin mmg sbb minat yg dikmbngkn dr kcil.. aspired by my father, or else.. but bila fikir hakikat kerjaya doktor, mmg x seindah x scntik apa yg dibayangkan.. every career has its pro's n con's.. hidup sbg ibadah, kerja sbg ibadah.. my father said when i frust in exam, and i said i more like chemical rather than medical, "being a doctor not bcause u interest, but because it necessary in our society".. true.. tp bg sy, blajar kna seiring dgn minat.. then it will bcome easy to u..

Kenapa Nak Jadi Doktor ?? Sebab saya nak majukan diri. Mungkin saya boleh tolong ramai org dan masyarakat kat luar sana. Untuk bangga kan parents.

komen sy masuk dalam tahun 2024 yer. haha. sy ni cari info ttg penyakit, keluar blog doktor. baca entry2, dah mcm zaman 2011 dlu. zaman baca blog. Mak sy dah 10 tahun sakit strok, at first dia bedriddedn, tp sps setahun dia dah recover kanan. kiri smpi skg.. spnjg mak sy sakit, sy jmpe ramai doktor2 yg berlebam mata, x ckp tido. kadang tu nampak dia mcm bekerja 2 hari x rest..patient plak risau klu dr pengsan. lol. pnh jmpe dr tahun kedua tegur sy study apa, kebetulan mak sy sakit, esok exam. so sy study kat wad..Dr tu rupanya minat finance & accounting! ya tuhanku...jauh betul menyimpang kan.. semoga spe my menceburi bidang ni dilancarkan urusan oleh Allah. dan punya keluarga / pasangan yg faham dan menjaga kebajikan org yg kerja dlm healthcare line.

Post a Comment

Twitter Facebook Favorites