Atau doktor yang tak pandai bercakap?
Pentingnya Komunikasi Berkesan
Sewaktu saya berada di sebuah klinik kerajaan untuk posting terbaru saya, Primary Care Posting, saya bertemu dengan seorang lelaki berbangsa Cina, saya namakan dia Mr M.
Sebelum Mr M masuk ke dalam bilik rawatan lagi, kakitangan klinik ada memberitahu saya pasal Mr M. "Kes menarik" kata mereka.
Dan saat Mr M datang saya teruja apa yang menarik tentang Mr M.
Mr M datang masuk ke bilik rawatan menggunakan kerusi roda. Sebelah kakinya berbalut dan sebelah lagi sudah dipotong paras bawah lutut. Dia tidak banyak bercakap, hanya tunduk, tidak menjawab bila ditanya dan hanya minta untuk kakinya dicuci. Apa yang menariknya tentang Mr M?
Jika anda mempunyai medical background anda akan faham dan jelas betapa sinonimnya pesakit diabetes dengan ulcer di kaki. Bagi yang non medical, pesakit diabetes melitus yang tidak mengawal paras gula dalam dalam darah dan tidak memiliki etika penjagaan kaki yang betul boleh kerap kali mendapat ulcer atau luka di kaki yang sukar untuk sembuh. Bahkan ia boleh bernanah, bengkak dan merebak lebih teruk.'
Jadi sebelah kaki Mr M yang berbalut itu sudahpun teruk. Kebanyakan kulit di kaki itu sudah tiada, menampakkan daging di bawahnya. Ada daging yang masih elok, dan ada yang sudahpun mati dan mula mereput. Saat saya buka balutan kakinya, bau yang kurang menyenangkan menerpa masuk ke hidung saya.
Soalan demi soalan saya lontarkan, contohnya kenapa dia tak mahu ke hospital? Dia diam. Saya ulang, dia masih diam. Saya provok, "sebab takut kena potong lagi sebelah?" dia angguk perlahan.
Bukan mudah untuk seorang manusia untuk kehilangan anggota. Walaupun anggota itu gagal berfungsi, kita masih mahu ia ada bersama kita.
Pesakit degil, atau mereka tidak tahu?
Mr M sebenarnya telah dirujuk ke hospital. Berkali-kali staf mengingatkan tiada apa yang boleh dilakukan di klinik dengan keadaan dia yang teruk. Dia memerlukan penjagaan hospital.Keadaan kakinya perlu dirawat, daging yang mati perlu dibuang di hospital. Klinik tidak punyai kemahiran dan peralatan yang sewajarnya.Dia masih enggan.
Saya faham, kakitangan klinik termasuk doktor mempunyai masa yang singkat untuk tiap pesakit. Sehari pesakit datang mencecah 400 orang sehari dan seorang doktor hanya memiliki masa kurang dari 7 minit untuk bertemu pesakit.
Dan oleh kerana saya ialah pelajar, saya boleh luangkan masa bersembang dengan Mr M. Untung saya baru habis posting orthopeadics jadi perihal Diabetic Foot Ulcer ni, saya tahu serba sedikit.
Saya terangkan pada pesakit, bagaimana luka yang tidak dirawat itu boleh merebak lebih jauh ke dalam tulang, ataupun menjangkiti struktur yang lain. Bagaimana dia boleh mendapat jangkitan kuman dalam darah yang boleh membawa maut.Saya tangkap gambar kaki MR M, dan tunjuk sendiri pada dia betapa teruknya kaki dia. Dan dia sendiri terkejut. Dan jelas saya tahu dari reaksinya, dia tidak tahu betapa seriusnya keadaan diri dia sekarang. Yang dia takutkan, "pergi hospital kaki kena potong."
Di akhir sesi, dia kata pada saya dia mahu ke hospital.
Kakitangan kata, dia sekadar 'cakap', tapi sebenarnya dia degil. Saya tak tahu, saya tidak mahu menilai. Saya harap dia benar-benar ke hospital kerana 2 hari selepas itu saya tidak nampak dia lagi di klinik.
Sebenarnya banyak pesakit, enggan ke hospital kerana mereka mempunyai tanggapan tersendiri.
"doktor nak duit saja."
"saya kena sihir, tak perlu ke hospital."
"sikit-sikit potong, siapa mahu ke hospital?"
"selalu orang masuk hospital, mati. Macam jiran sebelah saya dulu."
"hopital kerajaan buat kerja sambil lewa."
Tujuan doktor merujuk pesakit ke hospital ialah kerana keadaan pesakit adalah serius, dan klinik tidak mampu menguruskan pesakit kerana ketiadaan kepakaran, alatan dan suasana yang sesuai.
Antara halangan kenapa pesakit enggan menurut saranan doktor
1. Kurang kefahaman
Dari segi kurangnya penjelasan doktor, latar belakang pesakit, atau pesakit tidak memahami penjelasan doktor dengan tepat.
2. Bias atau mitos
Pesakit mempunyai tanggapan buruk akibat dari pengalaman lepas, cerita orang ramai, dan fakta dari sumber yang tidak sahih.
Contoh a. "makan ubat tak elok untuk badan, kerana ubat ada efek toksik, merosakkan buah
pinggang."
contoh b. vaksinasi boleh membuatkan anak yang dikandung cacat
3. Salah faham
Contoh, Encik B mengalami sakit kepala dan sentiasa mengantuk selepas diberikan ubat oleh doktor C. Kesimpulan Encik B adalah doktor C salah bagi ubat, dan doktor tidak mahir. Apa yang berlaku adalah kesan sampingan ubat, tapi doktor C tidak memberikan konsultasi secukupnya mengakibatkan kepada salah faham.
Dan banyak lagi.
Kekurangan ini dapat diatasi sekirangnya kepercayaan pesakit terhadap doktor dapat ditingkatkan, pesakit tahu membezakan antra fakta dan mitos, dan diharap suatu hari nanti dengan bertambahnya bilangan doktor, doktor akan mempunyai lebih masa dengan pesakit.
Allahu'alam..
Baca lanjut mengenai kaki diabetik di sini.

0 maklum balas:
Post a Comment